wessss

Selasa, 24 Ogos 2010

Cucur Udang


Jumaat lepas rien buat cucur udang...he..he akhirnyer jadi gak.Cadang nk kasi kt jiran sebelah tapi takdelah pulak blk kg.Time2 nilah diorg nak blk kg..nampak gayanyer kena try buat kuih lain lah pulak n nk kasi jiran sebelah.Kes balas membalas lah nie..coz ari tu jiran sebelah kasi popia..kalu tak balas tak sedaplah pulak,takan nk kasi piring kosong jer..malulah den nanti hik...hik...selebih cucur udang tu rien kasi kt makcik tipah jadi takdelah membazir amalan syaitan..he..he..

Cucur udang nie memang sedap,bukan nk puji diri sendirilah tapi sikit tu adalah ha..ha... tambah lagi cicah ngan kuah lemak cili api..perh.....meleleh air liur n minum lak ngan teh panas..memang sedap..

Selasa, 10 Ogos 2010

Semalam Hari Yang Boring.....

Semalam rin cuti....satu hari duk kt umah jer....tak tau nak buat apa..nak kuar ngan mber....mber lak g rawang ngan abe dia.Satu ari duk umah jadi budak baik..coz abis semua benda2 kat dalam umah rin kemas...semua clear n bersih berkilat..ha..ha..bagus gak duk umah nie yer..kalu tak ..tak berkemaslah rumah jawabnyer....ha..ha dah penat mengemas....tidolah pulak sampai pkl 2.30 ptg.Pastu duk layan DVD Yu Hee The Wicth sampai tgh malam....tu dah boring tahap gaban sangatlah tu..blm tahap artromen lagi....

New Movie

Majlis Pertunangan Shira & Apit

Shira & Apit
Shira & Me




















7 Ogos 2010 secara rasminyer telah berlansung majlis pertunangan shira & Apit...Majlisnyer betul2 meriah...rasa macam majlis akad nikah pulak rasanyer..he..he...apa pun taniah buat korang berdua semoga kekal bahagia buat selamanya.Amin

Rabu, 4 Ogos 2010

Cuci ThE MuSiCaL 2


Sipnosis :

 CUCI THE MUSICAL berkisahkan tentang empat orang beradik, FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C' Tan (Nabil) yang menjalankan sebuah perniagaan 'Cuci-Cuci Services' sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap - dengan harapan agar satu hari syarikat mereka menjadi antara yang terbaik dan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.
Harapan mereka menjadi kenyataan apabila 'Cuci-Cuci Services' telah dijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO - Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang di selenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida Imran) - yang akan memberi perjanjian tersebut kepada pemenang.

Kebetulan pula, juara bertahan WWO adalah 'Wira Maju' sebuah syarikat yang dimiliki oleh teman lelaki CJ, iaitu WIRA (Harith Iskandar).

Sementara itu, bapa CJ, iaitu Tan Sri (Ramli Hassan) memerhati tingkah laku CJ dengan teliti kerana khuatir anak perempuannya mungkin tidak membuat pilihan yang tepat dengan mengambil WIRA sebagai pasangan hidupnya.

Hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra apabila mereka mula menyukai antara satu sama lain dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, Farah (Jaclyn Victor) pula jatuh hati pada JOJO.

Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat beradik ini.untuk mencapai impian mereka.

# Teater NiE MeMAng Best N KeLaKaR Giler...PaLinG BesT Tgk WatAK Awie (Jojo) dAn NaBil (C'TaN)MemaNG PaDan Ngan Diorg...Rugi SaPE Tak Tgk..RasA naK hiLangKan TenSion G LAh TgK TeatEr Nie...

RaSA Nak Tgk...Leh Lah TeMpah Tiket SeCaRa OnliNe Di http://www.ticket2u.com/ Hotline : 03-41498600